Wednesday, 14 September 2016

Cerita Sedih 1

Tak tahu kenapa tapi malam ni cuaca sekeliling aku agak sayu berbanding malam-malam yang lain. Terdetik sesuatu dalam hati, mungkin hari ni ialah malam yang paling terbaik untuk aku sambung menulis dalam blog. Selalunya bile mood menulis aku 1/2 percent jarang aku dapat tulis sampai habis. Tulis-tulis mati ayat. Tulis-tulis padam. 
Harap penulisan aku hari ni akan penuh dengan keikhlasan dan kesiapan siape tahu. 

Actually masa aku menulis ni aku tgh pasang playlist lagu. Playlist ni name die I'mSadLetMeWailing .Yass, playlist ni nama die sememangnya berbunyi sedih sebab aku mmg beraturkan lagu sedih je malam ni.  Current song yang tengah main ialah Whale by Zitten. 
Aku tahu tak semua orang tahu lagu ni tapi cepat google and play the song. The music is sadly soothingly buat aku nak menangis. *patut pasang zikir tenang sikit hati kau La

So, siang tadi aku pegi jakel dengan ibu sebab nak cuci2 mata sambil tershopping baju raya tahun depan sikit and you know what, tak sangka jakel buat aku rase loner giler hari ni. Huuu. Sedih cerita ni hope korang stick baca. So kitorang pon naiklaa jakel bahagian kain cantik2 pilih-pilih, ibu borak dengan promoter potong2 kain then lepas tu aku lari kejap sebab ntah kenapa aku nk tengok harga kain lace. Dah kenapa nak tengok tapi ye laaaa nak pegi tengok jugakk lepastu aku nampak boy & girls i guess diorang nk kahwin and tgh pilih kain utk kahwin. Happy face they got there & sejujurnya aku rasa jealous. Ha. Foine then aku larikan diri dari kebahagian mereka ke lagi satu section kain & huh? Got another love birds there tgh pilih kain jugak. Wah2x, hari ni hari cari kain utk kahwin sedunia ke? Someone is going to marry someone which no need to explain why I'm the only single lady exist lost her smile. Well tadi pon tgh full moon so aku terus x de mood. Bayar kain terus balik. *sampai rumah nangis tepi bucu katil -jokes

Ok x de laaa sedih sangat cerita aku ni tapi mungkin sebab korang bukan single dan tak berada dekat tempat aku tadi mustahil untuk korang rase perasan sedih tu. Bapak lonely gile time tu. Tak phm kan? Aku phm. 

Haritu pon same, weekend2 aku decide nak  window shopping sorang-sorang dekat jusco. WEEKEND FAHAM TAKK ??. Kenapa laaa carik pasal jalan sorang time weekend. Selalunye aku pegi lepas balik keje saing budak opis. Ntah nape laaa haritu mengada carik pasal. Aku sememang jelas dengan statistik dimana weekend ialah hari semua orang keluar jalan2 especially keluarga & pasangan bercinta. Gile hampir mental aku haritu , hahha. Sumpah x buat lagi. Wedding pon sekarang aku dah jarang pergi. Sorry guys. Rase tak ikhlas bile nak wish tahniah untuk pasangan yang tengah kahwin tu teringatkan diri yang belum berpunya ni. 

Kronik ke perasan ni? Harap x de orang judge aku cakap aku x boleh hidup single laa mengada laaa menjeng laa nak ape laa. Nope. No one can ever say that. I lived as single my whole life you happy ppl no nothing about that. 

So tolong jgn bash sebab sejujurnya aku tengah ubah mindset aku ni. Orang kate kalau kite x cube menggembirakan diri sendiri siapa lagi nk buat kite happy ye takk. *typical motivational words i know-
Aku akan cube menggaulkan diri aku dengan perkara gembira sekarang. 
Appreciate kebolehan diri, appreciate org keliling, etc etc. 

P/s: blergh geli bile baca luahan sejenis loner mcm kat atas ni. 

P/s: the writer are writing from heaven i guess coz She's already die from embarrassment  

Saturday, 6 August 2016

Feeling Bitter




Kalau aku ade bakal pakwe, bakal tunang or bakal suami sekarang mungkin aku tak sedih sangat dengar cerita gembira korang 😒


Wednesday, 3 August 2016

Waiting for RMMJ #1

Cakap pasal rumah mampu milik Johor(RMMJ) ni kan, untuk pengetahuan semua, aku dah start apply masa keje kat Kulai lagi. Masa apply tu tahun 2014. Sekarang dah tahun 2016 & aku dah pindah Tebrau pon masih belom ade kabo berita lagi . Hurmm hurmmm hurmm. Agak2 bile dapat masok listing yekk. Dah laaa iolss ni single. Mata pencarian x mencukupi kalau nk beli rumah2 mahal kat luar sana tuu. Yang dah berkeluarga suami isteri bekerja boleh laa combine gaji ye takk. 

Actually, aku banyak dengar rumors y x berapa telus pasal RMMJ ni. Salah satu rumors paling selalu aku dengar ialah kalau nk cepat masok listing RMMJ, pemohon nak kene ade kabel. Paham tak kabel tu ape? Alaaa, kabel tu mcm alat penyambung. X kesah laa kabel panjang ke pendek. Janji ade kabel. Baru boleh sambung......

Lagi rumors yang aku dengar , pemohon perlu lalu bawah meja atau kerusi dan sebagainya utk masok. Yang ni susah sket laa. Tapi ye laakan,  Janji sampai..

Lagi dan lagi rumors yang aku pernah dengar ialah org yang dah ade rumah pertama pon still dpt masok listing RMMJ & beli rumah tu. Ughh. Ok jap y ni bukan rumors, sebab customer sendri dtg cerita kat aku. Cis (bikin panas)

Pastu , ade pemohon yang yang dah tersenarai dlm listing RMMJ tu tapi bile pemohon try nak masok loan kat bank rupenye gaji diorang x lepas pon utk beli rumah tu. Ni salah pemohon laa kan,
Mesti masa apply SUK tu gaji belom sampai kelayakan. Tapi yang mencabut tu pon x tengok ke syarat kelayakan pemohon 

πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”
Cara pemilihan sebenarnya berdasarkan ape ni? Cabutan ke caner? Taaaa pahammmmm. Kelayakan yang Berjela2 kat laman web tu x pakai ke ? πŸ€”πŸ€”

Wallahualam. 
Elak aku tertabur fitnah je ni. Huuuu
Ok foine laa , aku still percaya pada rezeki Allah. Mungkin ade pemohon yang dah menunggu 5 tahun baru dpt berita. Aku baru nak masok 2 tahun. Harap rezeki aku tahun ni. Amin

Misi Size M Ellaanawar #2




Ehh ehh dah masuk bulan 8 phm takk??
Dah masok hari keberapa diet dah hari nii (acah) πŸ˜‘πŸ˜‘. Aku mark tarikh timbang on 17 ogos ni!!😱😱😱😱😱😱😱😱😱

So hari isnin sampai hari ni menu diet nye adalah seperti berikut:

1/8/2016 (Isnin)
Breakfast-Telur rebus+Roti wholewheat 2 keping (muak gile dah menu ni)
Lunch-Salad+Ayam bakar

No dinner

2/8/2016(Selasa)
Breakfast-Telur rebus
Lunch-officemate g jusco so aku pon kirim kat die sushi 3 keping. Mentang2 die taw aku tgh diet dibantai nye beli semua sayur mayurr. Telan je laa. Pastu sebenarnya aku ade bawak salad+ayam slice sket. Aku pon ngoyel2 laaa sampai ke petang. Kenyang makan daun je laaa harituu
Dinner-Light Chicken Curry(no rice)

3/8/2017(Rabu)
Hari ni adalah hari yang x berapa sehat utk aku. Aku MAKAN MEE SOTO. Paham tak MEE SOTO. Nak elak makan NASI dibaham nye MEE. Ape kekdahhnye nak diet tuu. Sama je dtgnye carb tu. Pening. Menyesal bangon lambat dah x dpt prepare sarapan. πŸ˜”πŸ˜”  Siap mandi terus pecut g keje je.  So sebab nk elak lapar & dengar cte masa diet x leh x mkn sarapan, lalu aku pon beli laaa soto mee kat kedai sebelah. Buat brunch terus. Guilty punye pasal
(Urghh, ella and her lame excuses)πŸ˜ͺπŸ˜ͺ

So utk dinner, sebab nk cover siang tadi punye salah. Aku pon belilaa buah2 sikit kat pasar mlm acah2 healthy snack dikala laparr.

Nah gmbar. Jagung tu sedap oii 🌽


Untuk pengetahuan semua , aku kan memang suke sgt makan nasi berlauk, lagi2 lauk2 kampung berlemak ni. So aku harap agt semua org paham yang aku dah cube x sentuh nasi langsung buat masa terdekat ni.  Tp x sure lah jln ke takk. Sebab aku ade makan mee jugak sket dlm soto nasi pagi tadi. Hehehehehehehe

Hmmm, mlm ni insyallahh aku akan make time utk exercise.
Fighting ella
πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼
P/s: sambil2 tgh menaip ni kan, sebenarnya aku tgh bakar otak2. Cik wai i lapaa. Die soh bako. Kuatkan laaa iman aku supaya aku x join makan sama2 ngan die 🀐🀐🀐

Sunday, 31 July 2016

Cash Deposit Machine Drama

Nak dijadikan cerita hari Khamis lepas aku pegi Maybank. Cik wai aku ni tibe2 pulak nak suruh deposit duit kat akaun kawan die malam2 . Beli barang kuih katenya. 

Lalu aku pon bebel2 manja dekat Cik wai sebab nak elak pegi . Cte W aku dah nak start nii.. Lee jong suk tu berlakonnn. Lagi 20 minit je lagi.

Bebelan cliche aku;

Memang nak kene bank in malam ni jugak ker?
Ibu,beli ape ni?
Alaaaa, malasnyaa , esok bank in boleh tak?

And then Cik wai bg ayat cliche yang buat aku terpaksa pegi;

Kalau ella malas biar ibu yang pegi. Dalam umah ni memang semua bende ibu kene buat sendiri. Ella dulu kat universiti kalau nk pakai duit ibu pegi bank malam2 taww masukkan duit. Blaaa blaaa blaaa dan blaaa blaaa seterusnyaa


Eh ehh. Panjang pulak cte die. Cik wai ni selalu sangat mengenang kisah silam. πŸ€”
Selalunya kalau cik wai aku mintak tolong bank in,  aku akan transfer gune Maybank2u je. Senang. Jimat minyak, jimat lemak. Malangnyaa dalam akaun Maybank aku x de pulak duit sebanyak yang die nak bank-in. So terpaksa rela laa pegi.

Then bile sampai je Maybank aku pon masoklaaaa. Ade dua mesin deposit , alhamdulillah dua-dua boleh pakai. Selalunya  asik out of service jeee. 

Aku pon beraturlah dekat mesin deposit yang x ramai org. Nak sampai giliran aku ade 4 org je lagi. Mesin sebelah ade 5 orang. Lebih satu dah dikire ramai tuu πŸ˜‹

Ok foine. Aku pon menunggulahh.

Orang pertama sudah.
Orang kedua sudah.
Orang ketiga pon sudah.

Wow ini sudah bagus. Laju. Masa tu Aku siap dapat merasakan rakyat Malaysia dah semakin maju dlm menggunakan Mesin perbankan layan diri di Malaysia.

Sampai je giliran orang ke-empat aku terus tarik nafas lega. 

Yayy, pasni aku nye turn. Drama korea W dah nk start ni!! Lagi 10 minit.

Tup tup..
3 minit x siap lagi.
Aku tgk jam kt tgn.  Eh tipu aku x de jam tangan. Aku tgk jam henpon.

Eh ehh lme pulak uncle nii. Geti gune ke tidak.

Aku tgk mesin sebelah.
Org mesin sebelah dah orang ke lima dahh

Ni uncle depan aku ni x siap2 lagi. Asik belek2 kertas kecik kat tgn. Maybe ade no akaun kat kertas tu.

Ok taper uncle. Saya cube tunggu lagi sikit. Tapi lagi 7 minit drama saya nak start ni

5 minit x siap lagi.
Aku jeling CDM sebelah orang ke-enam dah  nak siap. 

Aiyooo Uncle, lamenye
Bebel aku dlm hati .Nak ehem2 bg signal suh cepat x sampai hati pulak. Umur atok aku nii

Lalu sebab aku x nak terlepas cte aku, aku pon tanya.

"Uncle, ada problem ker? Nak saya tolong takk?" Terkeluar habit customer service aku

"Sorry yaa Amoi lamaa tunggu. Uncle mahu bank in ini cheque. Tapi mesin ni x mahu terimalahh."

Aku terkesima plus tersengih hampir tergelak tapi dalam hati aku buat *facepalm berjuta2 kali. 
Padan laaa lame. Adoi.

"Ini mesin deposit terima duit saja uncle. Cheque x boleh masok ikot mesin ni. Uncle pergi dulu beratur dekat mesin masok cheque , lepas saya siap bank in duit nanti saya tolong."

Lalu uncle tu beraturlaa dekat mesin masokkan cheque. Ade bpe2 org tgh masokkan cheque masa tu. 

Settle urusan aku, aku pon tolong uncle tu masokkan cheque kat dlm mesin.

"Terima kasih ye Amoii" ucap Uncle tu.
"No problem uncle" jawab aku sambil senyum.

Alhamdulillahh. Senyuman masa tu ikhlas

Lagi pon aku bukan tolong ape pon. Masokkan cheque dlm mesin je pon. Pastu amik resit. Siap. Hahaahaha.

Aku naik kete pastu aku drift macam org gile nak sampai umah dlm 3 minit. Sampai2 je umah aku tgk cik wai tgh tgk Discovery Channel. Channel favourite die. Nak buat rampasan kuasa terhadap remote kontrol kang boleh menyebabkam pergaduhan besar.

Hmmm. Taklehh. Memang x de can laa aku nk ngadap W aku. Tgk ulangan je laah nanti Sabtu nanti. Tgk online ke. 

P/s:
Drama W yang aku terhegeh2 nak tgk ni tgh main kat South Korea skang. Baru premier dlm 4 episode x silap. Idea asal cerita ni creative weyy. Salute kat scriptwriter die.
Roughly cte die psl watak manga masok dunia sebenar. Pastu Heroin die masok dunia Manga. Ahh, lebih kurang gitulaa. Kalau dekat Malaysia drama ni main kat Astro Channel 395. Nak tahu lebih2 tgk sendri kay. Bye






Misi Size M Ellaanawar #1

Summary dari minggu pertama & kedua diet.
X taw laaa diet ape ni. Agak carca marba peraturannye. Tapi aku tengah mencube ni. 
X sure jadik ke tidak. Aku baru start diet ni pada 17/07/2016 haritu. 
Berat badan masa tu 70kg. Setakat ni aku tak nak timbang lagi berat. 
Nanti 17/08/2016 baru timbang balik. Harap2 adalah perubahan. 
Doakan aku. πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘


Day 1-eat eat eat
Day 2-Tauhu basah
Day 3-
Breakfast-Cereal+Yogurt
Lunch-2 slices Domino 
Dinner-Sosej+Egg+Timun+Tomato+Kacang 
Day 4
Breakfast-Cereal+Yogurt
Lunch-sosej+Tomato+serunding dgg+kcg
Dinner-tomyam ayam

Day 5
Breakfast-kueyteow+paru+pisang
Lunch-Cereal+pisang+yogurt
Din-Telur+Carrot
S
Day 6
Breakfast-Yogurt+cereal
Lunch-Telur+Carrot+Tacoo
Din-Telur+Carrot

Day 7/8-Cheat dayy πŸ˜‘πŸ˜‘x habis2
Day 9-

Day 10
Breakfast-Yogurt
Lunch-Sayur/Telur
Din-sup+spageti sayur

29/07/2016
Breakfast-yogurt
Lunch-ceasar salad
Blueberry frap

30/07/2016
breakfast-Nasi+Sambal bilis
Dinner-mee+nasi+ayam+udang. Arghhhh apebende niii


31/07/2016
Breakfast-Nasi goreng 
Dinner-sup daging


Fighting ella!!
Nak bdn hot cam ni paham takkk???πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼




Wednesday, 27 July 2016

DuyongObes-nim berintro bagai



Nak intro x pandai tapi serious shit aku masih tak pasti apa tujuan aku buat blog ni dulu. 
But well well well, since blog ni dah wujud ntah bile tahun dulu, rugi pulak rasenya nak delete akaun. 

So first, sebab aku bukanlah penulis dan pengeja yang berhemah apatah lagi pengikut setia tatabahasa dewan bahasa. Kemungkinan untuk aku melakukan pelbagai tatabahasa crimes dalam blog ni adalah sgt tinggi. So aku nak mohon maaf awal2 kay..tayah print screen or viralkan ejaan kalau ade silap taw. Aku tak glamor. X de org kesah pon.

Second,
Aku tak sure jenis hamba Allah mcm mana yang sudi baca bakal2 post aku ni, tapi yang pasti genre ape yang cube aku sampaikan dr blog aku ni tak usah lahh dipersoalkan. Hehehehe. So agak2 kalau genre post tu dah mcm rollercoster ride tu paham2 laa. Perempuan kan. Minggu tu mungkin temanya genre emosi. πŸ˜…

Third,
Aku tgh diet .
Diet paham tak?
Dan aku akan sentiasa diet.  Sentiasa.
Tapi, 
Aku tak tahu kenapa aku kene bagitahu kat korang semua yang kononnya aku sedang berdiet kat blog ni. 
Jap,  aku kata konon ke tadi. 
Aku x berkonon taw. Aku memang tgh diet.


K laa, membebel je keje

Yang x berkonon diet,
DuyongObes